Saturday, June 26, 2010

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Semua ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan

Perwakilan Puteri UMNO Cawangan



Assalamualaikum w.b.t



Y. Bhg. Saudari,



NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN


PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2010

Terlebih dahulu saya mendoakan semoga saudari sentiasa dikurniakan rahmat dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t

1. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Puteri UMNO di baca sekali dengan Fasal 6.2 Peraturan Persidangan, maka Mesyuarat Perwakilan Tahunan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-



Tarikh : 4hb Julai 2010


Masa : 8.00 pagi


Tempat : Hotel Nikko Kuala Lumpur



2. Oleh yang demikian, semua Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian dan Perwakilan Puteri UMNO Cawangan yang telah dipilih dalam Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan sesuai dengan Fasal 14.2.4 Peraturan Puteri UMNO adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.



3. Saudari dikehendaki hadir bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Puteri UMNO demi meneruskan kesinambungan perjuangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa.



Ini adalah notis umum yang dipaparkan di laman blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Notis melalui sms serta Notis melalui surat akan menyusul.


Sekian, terima kasih.



‘Generasi Wanita Prihatin – Prihatin Berilmu’



Yang Benar,



(ZALENA JAAPAR)

Penolong Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa



s.k. 1. YB Pen. Setiausaha Puteri UMNO Malaysia

2. Pen. S.U. Badan Perhubungan Puteri UMNO Wilayah

3. Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa

4. S.U. UMNO Bahagian Setiausaha



7 comments:

Mummy Bunny's

thanks for the info kak zalena .. i'll attend this meeting .. tq =)

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

tq so much....

Anonymous

salam

sy ingin bg pendapat sedikit pd puteri. sy seorg yg tidak meyebekahi mana² pihak, sy dtg dr umno lain utk memerhatikan ke tiga² pergerakan sayap berucap utk kali ke 2

sy dapati ketiga² syap yg berucap smlm puteri megenengahkan isu yg dh lama, cr penyamapai ketua puteri mendatar apabila puteri berucap dlm keadaan sedih ianya tidak menjiwai hati perwakilan

pemuda ade peningkatan yg ketara...tahniah ketua pemuda umno bhg setiawangsa yg sy kenali semenjak dr sebelum wujudnya w/maju dan setiawangsa...

ketua wanita pula sy kagum dgn beliau kerana beliau bijak mengenengahkan isu² semasa dan perancangan utk masa akan dtg...

Bingai @ Bangang

Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

aku yang bingai

Anonymous

salam

sekali bendahari umno bhg setiawangsa memecahkan belah sayap² parti umno dgn memberi sumbagan duit raya kpd KP setiawangsa dan sebahagian penyokong kpd bendahari shj.

knp kp sanggup memecah belahkan ahli² nya ? cuba tanya kp betul tk ada terima duit raya utk org² tertentu shj yg hanya menyokong bendahari?

sampai bl umno harus berpecah dek kerana org spt bendahari ini. bagaimana umno ingin bersatu dgn pas jika org spt bendahari ini terus memainkan peranan sebagai petualang umno. gunting dlm lipatan? knp kp boleh gadai maruah umno setiawangsa sebegitu rupa. Dimana keikhlasan kp merangakap exco kp umno mal?

sepatutnya kp harus dptkan duit raya jika bendahari ingin beri utk semua ahli diperingakat cwgn dan bhg

Marilah kita yg teraniaya dan yg selalu dimaki tak tentu psl dan dibuka aib oleh si bendahari ini terima dr Allah shj, krn kita ini semua insan yg kerdil.

dgr khabar azmi and the gang pun dpt betul ker? pemuda juga berpecah² gak

wanita yg tak pegang jwtn kat cwgan pula ade yg dpt gak...dan beberapa wanita yg sokong mati²an sewaktu pelihaan yg juga dpt

sebagahian ajk bhg juga dpt..tk percaya cuba tanya penyokong setia suib....klu dia bohong dlm bulan yg mulia ini tak tau ler pula

dimana keiklasan bendahari ini? adakah ini dinamakan politik wang? tabur awal?

puteri santubong

maaf sekiranya kata2 saya ini akan menyinggung Anonymous -september 6,2010.

sekiranya anda tidak berpuas hati tidak mendapat duit raya tersebut sila lah berjumpa dgn bendahari tersebut dan minta terus kepadanya.kalau xdapat pun,minta kat dato zul.mesti dapat.mereka bukan tiada duit dan zalim sangat pun.mungkin anda xdapat sebab itu anda bising.bukan senang nk puaskan hati semua orang.bersyukurlah dgn ape yg ada.bahagian lain nk bersidang pun guna pej bahagian je.setiawangsa siap buat di hotel lagi.masih merungutkah anda..?bersyukur sahaja lah.

Anonymous

saya rasa sangat kasihan dengan anda-anda yang menjadi hamba wang dan pangkat.semua nak jadi ketua,semua bermuka-muka.semua boleh jadi pelakon terkenal.Muka baik tapi asyik cari profit dari semua aktiviti.puteri kuat makan lepas tu terkinja-kinja dalam aktiviti.memalukan

  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP