Wednesday, February 11, 2009

PROGRAM AMAL CUCI KERETA

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa dengan kerjasama NZ Curry House telah mengadakan Program Amal Cuci Kereta pada 7hb Februari 2009 (Sabtu) di NZ Curry House Wangsa Maju dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Program yang julung kali yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli-ahli puteri dengan penduduk setempat disamping mengumpul dana untuk tabung palestin. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program ini.





























Thursday, February 5, 2009

AKTIVITI HUJUNG MINGGU.... JOM CUCI KERETA SAMBIL BERAMAL!!!



JOM CUCI KERETA!!!!!!

Jika anda tidak kemana-mana pada hujung minggu ini, datanglah beramai-ramai ke NZ Curry House Wangsa Maju pada 7hb Februari 2009 (Sabtu) dari 8.00pg - 5.00ptg untuk bersama-sama menyertai Program Amal Cuci Kereta anjuran Pergerakan Puteri UMNO Setiawangsa disamping membantu memberikan sumbangan bagi meringankan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin. Jom cuci kereta sambil beramal......

Wednesday, February 4, 2009

MALAM AMAL ATAS NAMA KEMANUSIAAN PADA 31 JANUARI 2009

SUARA SEPI

Senjata serba canggih terus berpesta
Insan yang tak berdosa menjadi mangsa
Suara dunia menzahirkan bantahan
Tiada sedikit pun memberi kesan

Jiwa bersarang dendam kebencian
Tiada lagi istilah kemanusiaan
Mereka punya hati tak punya rasa
Telinga telah tuli mata telah buta

KORUS

Ada tangisan tak siapa mendengari
Suara itu kian lama kian menyepi
Terkulai anak dari pelukan ibu
Darah masih panas tubuh terbujur kaku

Tiada kedengaran kicauan burung
Bumi kemerahan langit semakin mendung
Mereka yang malang di daerah anbia
Azab sengsara kehilangan upaya

Ciptaan : Johari Teh
Lirik : Habsah Hassan




Serangan ke atas Wilayah Gaza kali ini adalah yang terburuk pernah dilakukan oleh Rejim Zionis terhadap Palestin sejak penaklukan wilayah itu dalam tahun 1967. Kita berasa amat sedih dan kesal dengan situasi yang berlaku di Gaza akibat serangan dan tindakan kejam Israel. Beratus orang rakyat Palestin yang tidak berdosa telah menjadi mangsa. Serangan ini telah melumpuhkan sebuah wilayah kecil yang tidak berupaya mempertahankan dirinya dari serangan kejam yang bertubi-tubi. Bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas terus berkurangan hari demi hari. Bekalan bantuan dari dunia luar juga tidak dapat sampai kepada mereka yang memerlukannya kerana hampir kesemua jalan telah ditutup dan tidak selamat bagi pembantu-pembantu untuk bergerak.
Jesteru itu, demi kesepakatan dan perpaduan, marilah kita bersama-sama atas nama keamanan membantu memberikan sumbangan bagi meringankan kesengsaraan yang dialami oleh Rakyat Palestin.


Petikan kata-kata YB Dato' Seri Mohd Shafie Hj. Apdal













  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP