Tuesday, January 13, 2009

Masih Ada Yang Memerlukan...




Keluarga Mohd Sharif dan pasangannya Norhayati Aman dan seramai 7 orang anak masih lagi tinggal di Pusat Aktiviti Masyarakat Rumah Panjang Titas Air Keroh, Setapak. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa dan beberapa orang AJK Puteri yang lain telah datang bersama-sama ke Pusat Aktiviti Masyarakat Rumah Panjang Titas Air Keroh, Setapak pada 30hb Disember 2008 untuk melihat sendiri keadaan keluarga tersebut dan menghulurkan sedikit bantuan makanan. Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Puan Seriwani Sabtu (012-9044018) atau Cik Zalena Jaapar (016-9765135).
Add Image











Thursday, January 8, 2009

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU - PENAMAAN CALON @ 6.1.2009

Semua tumpuan tertumpu kepada Pilihanraya kecil Kuala Terengganu dimana 6hb Januari 2009 adalah hari Penamaan Calon dan pada 17hb Januari 2009 adalah hari mengundi. Tidak ketinggalan juga wakil Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa turut bersama-sama memberi sokongan pada hari Penamaan Calon di Kuala Terengaganu. Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ini menyaksikan pertarungan tiga penjuru diantara calon BN Datuk Wan Ahmad Farid, Calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut dan seorang calon Bebas - Azharudin Mamat.



































Saturday, January 3, 2009

SALAM MAAL HIJRAH & TAHUN BARU


Assalamualaikum...
Bersempena Awal Muharam Tahun 1430 Masehi dan Tahun 2009 menjelang tiba. Semoga hari ini serta hari-hari yang mendatang ini menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih baik bersama keluarga tercinta dan dikurniakan rezeki yang bertambah serta Halal.
Diharapkan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa yang lebih cemerlang dan matang dan tabah dalam menghadapi cabaran dan rintangan dalam meneruskan perjuangan.
Berbekalkan ilmu dan Pengalaman kita mengorak langkah perjuangan ke arah "Mukmin yang Profesional".
Semoga kedatangan takwim baru akan membuka lembaran baru yang lebih baik dan bermakna serta diberkati oleh-NYA.

- SERIWANI BINTI SABTU -
(Ketua Puteri Bahagian Setiawangsa)

  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP