Friday, October 4, 2013

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2013

Semua ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan
Perwakilan Puteri UMNO Cawangan


Assalamualaikum w.b.t

Y. Bhg. Saudari,
NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2013


Terlebih dahulu saya mendoakan semoga saudari sentiasa dikurniakan rahmat dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Puteri UMNO di baca sekali dengan Fasal 6.2 Peraturan Persidangan, maka Mesyuarat Perwakilan Tahunan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 12hb Oktober 2013 Sabtu

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Hotel Flamingo Ampang

Oleh yang demikian, semua Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian dan Perwakilan Puteri UMNO Cawangan yang telah dipilih dalam Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan sesuai dengan Fasal 14.2.4 Peraturan Puteri UMNO adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Saudari dikehendaki hadir bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Puteri UMNO demi meneruskan kesinambungan perjuangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa.


Ini adalah notis umum yang dipaparkan di laman blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Notis melalui sms serta Notis melalui surat akan menyusul.


Sekian, terima kasih.

‘Generasi Wanita Prihatin – Prihatin Berilmu’

Yang Benar,

(ZALENA JAAPAR)
Pen Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa


s.k. 1. YB Pen. Setiausaha Puteri UMNO Malaysia
2. Pen. S.U. Badan Perhubungan Puteri UMNO Wilayah
3. Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa
4. S.U. UMNO Bahagian Setiausaha

Monday, March 11, 2013

Majlis Sempena Tahun Baru Cina 2012

Majlis ini di adakan bersempena Tahun Baru Cina 2012 untuk penduduk di kawasan Parlimen Setiawangsa pada 8 January 2012. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu Dato' Sri Zulhasnan Rafique. 



















Syukur majlis mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Terima kasih di ucapkan dengan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan majlis ini.

Wednesday, March 6, 2013

'Back To School' oleh Skuad Gagasan 1 Malaysia








 













Perhimpunan Agung UMNO 2011




 






 

 



 




  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP