Thursday, May 19, 2011

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2011

Semua ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan
Perwakilan Puteri UMNO Cawangan


Assalamualaikum w.b.t

Y. Bhg. Saudari,

NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2011


Terlebih dahulu saya mendoakan semoga saudari sentiasa dikurniakan rahmat dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Puteri UMNO di baca sekali dengan Fasal 6.2 Peraturan Persidangan, maka Mesyuarat Perwakilan Tahunan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 22hb Mei 2011

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Hotel Flamingo Ampang

Oleh yang demikian, semua Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian dan Perwakilan Puteri UMNO Cawangan yang telah dipilih dalam Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan sesuai dengan Fasal 14.2.4 Peraturan Puteri UMNO adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Saudari dikehendaki hadir bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Puteri UMNO demi meneruskan kesinambungan perjuangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa.


Ini adalah notis umum yang dipaparkan di laman blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Notis melalui sms serta Notis melalui surat akan menyusul.


Sekian, terima kasih.

‘Generasi Wanita Prihatin – Prihatin Berilmu’

Yang Benar,

(ZALENA JAAPAR)
Pen Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa


s.k. 1. YB Pen. Setiausaha Puteri UMNO Malaysia
2. Pen. S.U. Badan Perhubungan Puteri UMNO Wilayah
3. Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa
4. S.U. UMNO Bahagian Setiausaha

Monday, March 14, 2011

Kejohanan Futsal 1 Wilayah Peringkat Parlimen Setiawangsa 2011





































Kejohanan ini telah berlangsung pada 20hb Februari 2011 bertempat di Centermart, Danau Kota dimana tempat pertama lelaki adalah sebanyak RM1500 dan wanita adalah sebanyak RM1000. Tempat pertama Lelaki dimenangi oleh Payung FC dan Wanita pula dimenangi oleh REM FC. Tempat pertama dan kedua bagi kedua-dua kategori akan mewakili Parlimen Setiawangsa ke Kejohanan Futsal 1 Wilayah yang akan diadakan pada 12hb Mac 2011 di Gelanggang Futsal 1 Malaysia Putrajaya.

Tuesday, February 8, 2011

PERTANDINGAN PIDATO PUTERI WILAYAH PERSEKUTUAN













Pertandingan Pidato Puteri Wilayah Persekutuan ini telah diadakan pada 23hb Januari 2011 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya. Bahagian Setiawangsa telah menghantar seramai 2 orang peserta iaitu Hartini Hashim mendapat tempat ketiga dan Nor Zalikha Kamar tempat keempat. Syabas diucapkan kepada para peserta.

Menyusur Akar Ke Perkampungan Orang Asli di Kg Judah, Pulau Carey Klang anjuran Pergerakan Puteri UMNO Selangor


















  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP