Wednesday, September 9, 2009

TAUTAN KASIH III (MEMBELI BELAH BAJU HARI RAYA UNTUK ANAK YATIM DAN MISKIN)

Pada Tanggal 6hb September 2009, Program Tautan kasih III telah diadakan di Jaya Jusco Setiawangsa. Program ini bertujuan membantu anak-anak miskin yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim membeli baju raya bagi persediaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba pada 21hb September 2009 ini. Seramai 40 orang anak-anak miskin/yatim yang turut serta dalam program ini. Ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Jaya Jusco Setiawangsa yang telah memberi kerjasama kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa bagi menjayakan program ini serta ahli-ahli puteri yang turut sama membantu didalam program ini.





































Saturday, August 22, 2009

PENAMAAN CALON DI PERMATANG PASIR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 17 Ogos adalah hari penamaan calon manakala hari mengundi bagi Dun tersebut ialah pada 25 Ogos. Meskipun proses pilihan raya tersebut akan berlaku dalam bulan puasa namun ia tidak melemahkan semangat juang di kalangan puteri sebaliknya mereka terus bersemangat mengharap rahmat bulan Ramadhan melancarkan lagi gerak kerja pilihanraya.



















Thursday, August 20, 2009

KONVOI KEMERDEKAAN DAN JOM!! MAKAN DURIAN

Program yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa ini diadakan bertujuan untuk menyambut bulan kemerdekaan dan kempen makanlah buah-buahan tempatan serta beramah mesra dengan penduduk setempat. Ianya telah Berlangsung pada 15hb Ogos 2009 bertempat disekitar Parlimen Setiawangsa dan Medan Selera PPRT Semarak.








































































  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP