MALAM AMAL ATAS NAMA KEMANUSIAAN PADA 31 JANUARI 2009
SUARA SEPI
Senjata serba canggih terus berpesta
Insan yang tak berdosa menjadi mangsa
Suara dunia menzahirkan bantahan
Tiada sedikit pun memberi kesan
Jiwa bersarang dendam kebencian
Tiada lagi istilah kemanusiaan
Mereka punya hati tak punya rasa
Telinga telah tuli mata telah buta
KORUS
Ada tangisan tak siapa mendengari
Suara itu kian lama kian menyepi
Terkulai anak dari pelukan ibu
Darah masih panas tubuh terbujur kaku
Tiada kedengaran kicauan burung
Bumi kemerahan langit semakin mendung
Mereka yang malang di daerah anbia
Azab sengsara kehilangan upaya
Ciptaan : Johari Teh
Lirik : Habsah Hassan
Serangan ke atas Wilayah Gaza kali ini adalah yang terburuk pernah dilakukan oleh Rejim Zionis terhadap Palestin sejak penaklukan wilayah itu dalam tahun 1967. Kita berasa amat sedih dan kesal dengan situasi yang berlaku di Gaza akibat serangan dan tindakan kejam Israel. Beratus orang rakyat Palestin yang tidak berdosa telah menjadi mangsa. Serangan ini telah melumpuhkan sebuah wilayah kecil yang tidak berupaya mempertahankan dirinya dari serangan kejam yang bertubi-tubi. Bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas terus berkurangan hari demi hari. Bekalan bantuan dari dunia luar juga tidak dapat sampai kepada mereka yang memerlukannya kerana hampir kesemua jalan telah ditutup dan tidak selamat bagi pembantu-pembantu untuk bergerak.
Jesteru itu, demi kesepakatan dan perpaduan, marilah kita bersama-sama atas nama keamanan membantu memberikan sumbangan bagi meringankan kesengsaraan yang dialami oleh Rakyat Palestin.
Petikan kata-kata YB Dato' Seri Mohd Shafie Hj. Apdal
0 comments:
Post a Comment