Saturday, June 26, 2010

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Semua ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan

Perwakilan Puteri UMNO Cawangan



Assalamualaikum w.b.t



Y. Bhg. Saudari,



NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN


PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2010

Terlebih dahulu saya mendoakan semoga saudari sentiasa dikurniakan rahmat dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t

1. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Puteri UMNO di baca sekali dengan Fasal 6.2 Peraturan Persidangan, maka Mesyuarat Perwakilan Tahunan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-



Tarikh : 4hb Julai 2010


Masa : 8.00 pagi


Tempat : Hotel Nikko Kuala Lumpur



2. Oleh yang demikian, semua Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian dan Perwakilan Puteri UMNO Cawangan yang telah dipilih dalam Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan sesuai dengan Fasal 14.2.4 Peraturan Puteri UMNO adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.



3. Saudari dikehendaki hadir bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Puteri UMNO demi meneruskan kesinambungan perjuangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa.



Ini adalah notis umum yang dipaparkan di laman blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Notis melalui sms serta Notis melalui surat akan menyusul.


Sekian, terima kasih.



‘Generasi Wanita Prihatin – Prihatin Berilmu’



Yang Benar,



(ZALENA JAAPAR)

Penolong Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa



s.k. 1. YB Pen. Setiausaha Puteri UMNO Malaysia

2. Pen. S.U. Badan Perhubungan Puteri UMNO Wilayah

3. Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa

4. S.U. UMNO Bahagian Setiausaha



PERTANDINGAN TERBUKA PAINTBALL SETIAWANGSA

PERHATIAN!!!!!!!!!!!!!!

DUKACITA DIMAKLUMKAN PERTANDINGAN TERBUKA PAINTBALL SETIAWANGSA PADA 20HB JUN 2010 TELAH DITUNDA KE SATU TARIKH YANG AKAN DITETAPKAN KEMUDIAN.

HARAP MAKLUM....

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI...

HARAP MAAF...

  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP