Monday, May 4, 2009

BERSANTAI SAMBIL MENONTON WAYANG

Pada 30hb April 2009, seramai 20 orang ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO bahagian Setiawangsa telah bersama-sama menyaksikan tayangan gambar melayu yang bertajuk 'BOHSIA' di TGV, KLCC. Tayangan yang bermula jam 9.50malam itu telah memaparkan cerita mengenai dunia remaja yang penuh dengan pengajaran untuk kita semua.




7 comments:

Anonymous

Salam...nilah Puteri, dalam keadaan UMNO yang nak rebah ni, korang sempat lagi berfoya-foya...ya la korang Puteri bandarkan...sedarlah...

Anonymous

apa hal pulak berpoya-poya dgn tgk wayang??? pelik la... salah ke tgk wayang yg beri pengajaran disamping merapatkan silaturrahim sesama ahli puteri dan menyokong industri filem melayu??? yg awak tu asyik komen org, apa yg awak buat utk UMNO???? cakap jer lebih tp x buat apa2... awak ni la sebenarnya yg merebahkan UMNO... pikir sendiri la..

Anonymous

wahai ADIK-ADIK PUTERI.. ini bukanlah masanya kita nak bersantai..kalau nak bersantai cara beginipun usahlah dipaparkan dlm blog..sebagai golongan pelapis dekatkanlah diri dengan masyarakat saperti program yang dianjurkan puteri pahang dan trengganu kan tu lebih baik..apapun saya yakin ketua Puteri Setiawangsa boleh berbuat sesuatu yang lebih baik..Hidup Wanie

Anonymous

"Orang yang nak pimpin aku mestilah yang lebih baik dari aku"

Kalau begini lagak gaya Puteri, dengan tudungnya entah ke mana, pakaiannya mcm nak tayang body, mcm mana nak jaga agama dan bangsa nie?

Tengok wayang tak salah, tapi kalau dah pakaian mcm tu, aku takleh nak kata apa lah.

oh lupa... bagi korang iman tu tak terletak pada pakaian. Takpe pakai skirt parat bontot asalkan dalam hati tu betul. lupa aku.

Naz

Salam,
Saya termasuk dalam blog ni masa tengah2 dok cari informasi tentang sidang DUN di perak semalam. Mulanya tak nak komen apa2 kat sini tapi rasa malu dan mual pulak dengan perangai orang2 UMNO ni. Joli sana sini pakai duit rakyat. lepas tu bangga pulak tu.

Anonymous

buat pengetahuan naz, kami berkumpul tgk cerita melayu TIDAK MENGGUNAKAN DUIT PUTERI LANGSUNG. KAMI MENGELUARKAN BELANJA SENDIRI KERANA KAMI AMBIL INISIATIF SENDIRI UNTUK SAMA-SAMA BERKUMPUL OK. Cuba pandang dr sudut positif drpd asyik meneka sendiri tetapi perkara yg diteka langsung tidak betul. Sama-sama lah kita memperkasakan UMNO dr kita bercakaran sesama sendiri...

Anonymous

Salam. Menjawap kpd soalan Naz. Siapa kata kami makan duit rakyat. Kami sama-sama keluarkan duit kami dari penat lelah kami. Itulah org yang small minded...semua org buat semua salah. Kalau kita tak rapatkan silaturrahim siapa lagi...Berfiranlah positig. Atleast budak2 muda tu tak berpeleseran n atlast kami sokong filem Melayu yang korang pun ntah kenal ap erti MELAYU. Macam ni ke korang nak berdakwah...asyik kutuk mengutuk aje. Program ni bukan stakat ni sahaja...tak tahu jgn banyak komen. MUHASABAHLAH

  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP