Sunday, March 22, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA DAN MEMPERKENALKAN CALON EXCO PUTERI UMNO MALAYSIA @ SHAH ALAM, SELANGOR

Majlis ramah Mesra telah diadakan pada 1hb Mac 2009 bertempat di tingkat 7, bangunan UMNO Negeri Selangor jam 8.00 malam anjuran Badan Perhubungan Puteri UMNO Negeri Selangor. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan calon-calon exco puteri UMNO yang bertanding kepada perwakilan-perwakilan puteri negeri Selangor Darul Ehsan. Puan Seriwani Sabtu iaitu Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa merupakan salah seorang calon yang bertanding untuk jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia (No. 46). Beberapa Ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa turut turun bersama-sama untuk memberi sokongan padu kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa.




0 comments:

  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP